Mereka Poster Hari Kemerdekaan Menggunakan Canva

24 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Ogos yang lalu, Pusat Internet telah mengadakan kelas mereka poster Hari Kemerdekaan menggunakan Canva sempena aktiviti kemerdekaan. Seramai 3 orang peserta telah menyertai kelas mereka poster tersebut dengan jayanya. Hasilnya, peserta dapat menggunakan dan mempelajari cara menggunakan Canva. Untuk penggunaan Canva, ianya tidaknya hanya terhad kepada mereka poster, terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dibuat menggunakan canva seperti resume, kad kahwin dan sebagainya. Diharap, dengan adanya kelas ini, dapat membantu peserta dalam penggunaan canva pada masa hadapan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali